Hi, saya Papa Emir

Hujung tahun 2025, syarikat saya bekerja ditutup. Jadi, saya nak mulakan perjalanan baru sebagai pendiri bisnes dan penulis novel.

Nak tengok perjalanan baru ini atau mungkin bekerjasama?

Papa Emir

Ikuti perjalanan saya.

Saya sendiri tak tahu apa akan jadi. Tapi saya akan kongsi kejayaan dan kegagalan di sini. Mungkin ia boleh jadi bentuk pengajaran yang berguna buat kita bersama. Saya akan jalankan semua ini fasa demi fasa. Fasa pertama? Kumpul modal dan selesaikan komitmen.

Servis yang ditawarkan.

Servis Penulisan

Perlukan penulis ‘manusia’? Memang AI boleh bantu mudahkan urusan, tapi penulisan AI sangat kaku, dan tiada ‘jiwa’. Memang seronok boleh buat ratusan artikel, copywriting, post, threads, tapi rugi bila orang tak rasa nak baca.

Servis Website

Nak hasilkan website berkualiti? Saya boleh bantu anda. Nak website personal atau bisnes, mana-mana pun boleh. Ada beberapa pakej yang ditawarkan mengikut bajet anda.

Novel.

Untuk novel Bahasa Melayu, saya ada bangunkan sebuah platform, Novel Melayu. Kalau anda peminat novel fantasi, aksi dan sains fiksyen, dah ada beberapa siri yang dimasukkan.

Asah kemahiran.

Asah dan tambah kemahiran anda dalam bidang penulisan, pemasaran dan seni reka grafik dengan artikel-artikel menarik.

Penulisan

Jom sama-sama kita mengasah penulisan untuk disesuaikan dengan kegunaan sama ada untuk penulisan formal, kreatif dan lain-lain.

Pemasaran

Ada berapa banyak jenis pemasaran yang sesuai untuk bisnes anda? Dan berapa banyak pula yang anda telah manfaatkan? Jom baca di sini.

Seni Reka Grafik

Jom sama-sama belajar asas seni reka grafik. Mana tahu ia boleh jadi peluang untuk anda tambah pendapatan atau cantikkan imej bisnes anda.

Siapa Papa Emir?

Hi semua! Papa Emir di sini. Buat masa ini, biarlah anda kenal saya sebegitu atau boleh panggil saya sebagai PE. Saya melalui satu kitaran hidup yang agak mencabar sejak lima tahun lalu. Seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal, tapi saya lebih banyak melakukan kerja-kerja di dalam bidang penulisan dan seni reka grafik sejak zaman belajar lagi.

Saya juga pernah menjadi affiliate dan dropship untuk berbagai jenis produk fizikal dan digital. Tapi biasalah, tiada yang kekal. Kebanyakan HQ dah berhenti berniaga.

Jadi, saya buat keputusan untuk terus menjadi freelancer sebagai penulis dan pereka laman web. Sambil-sambil tu, saya sempat menjalankan bisnes preloved pakaian wanita selama tiga tahun sebelum Covid-19 mengubah segala-galanya. Saya masih lagi menjalankan servis kreatif tapi tak mampu untuk teruskan bisnes preloved. Ditambah pula saya berkahwin sewaktu PKP dan berpindah jauh dari tempat saya membesar.

Permulaan perkahwinan, bisnes penulisan dan seni reka grafik saya berjaya dengan baiknya. Sempat juga saya merasa mempunyai team dan syarikat Sdn. Bhd. Tapi selepas tiga tahun, satu-persatu ujian tiba dan saya terpaksa menutup syarikat. Dengan kemahiran yang ada, saya memilih untuk bekerja sebagai Marketer & Designer untuk satu syarikat produk kesihatan. Sekalipun mampu menarik trafik dan melakukan sales yang agak besar, tetap akan berlaku kesilapan dalam pengurusan dan syarikat tersebut tutup.

Sekali lagi, saya perlu bermula semula dari bawah. Mujurlah dalam masa saya bekerja, saya ada menulis siri web novel pada waktu malam. Belum ada kejayaan besar dengan novel, tapi saya yakin ia sedang menunggu.

Kali ini, saya tiada sasaran terlampau besar. Saya ingin fokus pada kelangsungan hidup, hidup tenang dan bahagia, serta mempunyai pendapatan yang cukup untuk keluarga dan untuk saya buat apa yang saya impikan. Saya juga berharap apa yang saya kongsikan di sini mampu untuk memberi manfaat kepada anda.

Salam kenal,
PE